Wednesday, November 11, 2009

Proposal PID TG GEW 2009

PID ENTREPRENEURSHIP FAIR 2009

1.Pengenalan
Pusat Internet Desa Tasek Gelugor di bangunkan pada 3 November 2003 dibawah Kementerian Tenaga Air Kan Komunikasi namau sekarang dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pusat Internet Desa Tasek Gelugor manjadi pilihan kominti setempat sebagai pusat komuniti kerana PIDTG beroperasi bersebelahan Pejabat Pos Tasek Gelugor yang startegik kedudukannya.

Matlamat utama penubuhan PIDTG adalah untuk merapatkan Jurang Digital.iaitu mengurangan jurang pengetahuan dunia ICT antara pendududuk Bandar dengan penduduk luar Bandar. Sejak penubuhan PIDTG perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti kursus asa computer, jualan berangan ict, khidmat nasihat dan sebangainya.

Namun pada tahun 2008 PIDTG telah menubuhkan Kelab Usahawan Sosial yang mana di anggotai oleh usahawan-usahawan yang sedia ada, bakal-bakal usahawan dan komuniti setempat. Tujuan penubuhan KUS ini adalah untuk membantu serta bersama-sama usahawan komuniti setempat menambahkan pengetahuan, berkongsi pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu bagi memantapkan lagi perniagaan mereka. Disamping itu mereka dapat meluaskan pasaran produk mereka yang sedia ada.


2. Keterangan Program
PID ENTERPRENEURSHIP FAIR’09 adalah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. ianya melibatkan penyertaan aktiviti warga Pusat Internet Desa dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.
Program ini dianjurkan oleh Pusat internet Desa Tasek Gelugor dengan keerjasama dari badan-badan agensi kerajaan seperti FAMA dan Agro Bank dan juga turut terlibat adalah terdiri daripada AJK PIDTG, AJK KUSPIDTG serta sukarelawan.Sebuah AJK bertindak dilantik bagi meguruskan perjalanan program agar berjalan dengan lancar. Ianya diangotai oleh AJK PID, AJK KUSPIDTG, serta sukarelawan.
1. Tujuan PrograM
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru dikalangan komuniti luar Bandar dan memupuk minda usahawan bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahirkan dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang kreatif, inovatif dan berwawasan.

2.Faedah program
· Melahirkan usahawan baru
· Memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan menambah pengetahuan dalam bidang yang bakal mereka usahakan.
· Meningkatkan keyakinan dalam diri usahawan.
· Memberi peluang mereka menggunakan kemudahan ICT bagi mempromosikan produk barangan mereka.
· Serta meluaskan pasaran produk mereka ke luar daripada sedia ada.

3. Sasaran Komuniti yang dilatih dan diundang
Komuniti yang dilatih:
1) usahawan
2) belia
3) komuniti yang berminat
Komuniti yang diundang:
1) Pegawai agensi Kerajaan
2) Semua warga komuniti setempat yang berminat,
1. Tarikh Program

Tarikh : Program 1 : Pertandingan DST
Tarikh: 24 Oktober 2009
Program 2 : Bersama FAMA
Tarikh: 8 November 2009
Program 3 : Lawatan Pasar Tani Mega Tasek Gelugor
Tarikh: 15 November 2009
Program 4 : Pembangunan Blog Usahawan
Tarikh: 17 November 2009
Program 5 : Pembangunan Portal PID
Tarikh: 18 Nov 2009
Program 6 : Lawatan Ke Seri Barinah
Tarikh: 19 Nov 2009
Program 7 : Bengkel ICT (e-Kedai)
Tarikh: 20 Nov 2009
Program 8 : Lawatan ke Tapak Projek Pertanian
Tarikh: 21 Nov 2009
Program 9 : Karnival Keusahawanan
Tarikh: 22 Nov 2009
Program 10 : Bersama Agro Bank
Tarikh: 25 November 2009



1. Senarai AJK Perlaksana
1. Penaung
2. Pengerusi Program
3. Tim. Pengerusi Program
4. Setiausaha Program
5. Penolong Setiausaha
6. Bendahari

Ahli Jawatankuasa
1.Urusetia Induk
2. JK Promosi
3.JK Persiapan Medan
4. JK Hadiah dan Cenderahati
5. JK Penyambut Tetamu
6.JK Pendaftaran Peserta
7. JK Makanan dan Minuman
8.JK Jurukamera
9. JK Kelas ICT


2. PROMOSI
Bagi mempromosikan program-program ini PID TG menggunakan banting, poster dan banner yang di pamirkan disekitar PID. Ajk promosi menghebahkan program ni dengan berkunjung ke kampung-kampung yang agak pedalaman bagi mewar-warkan program yag akan dijalankan .


3. keseluruhan program
Keseluruhan program yang dijalankan adalah berkaitan dengan keusahawanan dan ICT. Dewasa ini, setiap program yang dirancangkan melibatkan usahawan dan peralatan ICT dengan menggunakan portal yang dibangunkan khas untuk usahawan. Sebagai contoh program portal yang dibangunkan memberi peluang kepada usahawan mempromosi produk barangan keluaran mereka dalam portal PID.NET.
Pertandingan membina DST bagi mereka yang berminat khususnya kepada usahawan. DST ini dibuat bedasarkan perusahaan mereka sendri. Ini memudahkan orang ramai mendapat maklumat tentang perniagaan mereka.
Manakala hari bersama 2 agensi kerajaan dapat memberi ruang kepada usahawan-usahawan ini mendapat maklumat yang mereka yang lebih tentang segala persoalan yang menjadi kemusyikilan mereka sebelum ini.
Akhir sekali karnival usahawan yang dijalankan dapat membantu secara langsung kepada usahawan yang terlibat untuk memasarkan produk mereka kepada pengetahuan orang ramai. Dan dengan ini mereka boleh mendapat hasil dengan mudah.
Diharap segala program yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat yang ditetapkan.


4. Cadangan Perbelanjaan
Cadangan perbelanjaran bagi 10 program yang dirancangkan adalah RM1650.00. Kos ini melibatkan kos pengangkutan, jamuan makan, hadiah dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Semua kos ini ditanggung sendiri PIDTG. Ini kerana semua program tidak mendapat dana atau tajaan dari mana-mana pihak.

5. Penutup
PID Entrepreneurship Fair 2009 diwujudkan bagi membantu ushawan-usahawan disekitar Pusat Internet Desa dapat manfaat dan berguna kepada mereka untuk terus maju dalam perniagaan mereka. Setiap program yang dirancang berkait rapat antara satu sama lain. Dimana segala maklumat, contoh perniagaan, peluang pemasaran produk mereka diperkenalkan dengan lebih dekat dan terperinci.
Pihak PID juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan semua progatm yang disenaraikan. Khususnya ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat, pegawai –pegawai dari agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti usahawan yang turut terlibat.
Diharapkan peluang seperti ini akan diterusan pada masa-masa hadapan dan diadakan dengan lebih cemerlang.sekian terima kasih.

No comments: